Perpecahan DiKalangan Parti Pembangkang Bukan Pemangkin Utama Kemenangan BN Menjelang PRU14?

Minggu lalu, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan kerisauan beliau  bahawa wujud situasi seolah-olah parti pembangkang di negeri ini tidak bersatu hati serta tiada kerjasama kerana mengikut haluan masing-masing serta manifesto yang berbeza.

Dalampada itu, Lajim memuji BN kerana walaupun mempunyai 14 parti komponen, namun  parti itu bergerak sebagai satu pasukan dengan menampilkan logo, dasar, dan manifesto yang sama kepada rakyat.

Parti pembangkang di Sabah mengelirukan rakyat kerana masing-masing dengan manifesto sehingga mengundang kekeliruan di kalangan rakyat khusus nya para penggundi.

Lajim yang juga Adun Klias itu berkata, usaha ke arah menyatupadukan dan membentuk persefahaman antara parti pembangkang di Sabah sentiasa dilakukan, namun, ia masih bergantung kepada penerimaan dan kesediaan pihak-pihak yang berkaitan.

Ada dikalangan pemimpin pembangkang mempunyai matlamat mahu jadi ketua menteri…Kalau menang mesti jadi ketua menteri, katanya

Dengan tiada nya kerjasama ini ia nya akan merugikan kerana keyakinan rakyat hilang kepada pembangkang sebab kalau kita bertanding empat atau lima (calon) dalam satu kawasan, BN cuma (letak) satu (calon), kita (pembangkang) pecah undi. Rakyat akan berfikir, macam mana kami (mahu) sokong, kamu (pembangkang) tidak bersatu, katanya.

Bagaimanapun dalam soal siapa yang dipilih penggundi pada PRU14 akan datang tidak semudah  itu ditentukan kerana citarasa penggundi pada PRU akan datang ini mungkin berbeza berbanding dengan sebelum nya.

Dua golongan yang dijangka menarik untuk diterokai oleh mereka yang akan bertanding ia lah penggundi muda dan juga para pesara.

Dikatakan kedua-dua kumpulan ini merangkumi bilangan lebih kurang 40 % rakyat yang layak menggundi.

Rasa nya, kedua-dua kumpulan ini tidak mudah dibeli belah dengan wang ringgit atau pun janji-janji pembangunan.

Antara lain, golongan muda lebih fokus kepada isu-isu yang akan memberi mereka peluang pekerjaan manakala para pesara akan lebih hati-hati meneliti dikalangan bakal calon yang akan diketengahkan oleh parti-parti yang bertanding mahu pun dari pehak BN atau pun pembangkang.

Sekira nya ini lah hypothesis ini menjadi realiti maka kemenaangan calon pada PRU14 antara lain bukan hanya terletak kepada perpecahan dikalangan parti-parti pembangkang atau pun soliditi komponen BN tetapi kredibiliti calon yang akan diletakkan nanti juga memainkan peranaan besar.

Sumber: Bernama, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*