Manifesto Khas Pakatan Untuk Pikat Pengundi Sabah dan Sarawak Menjelang PRU14?

Manifesto apa kah yang lebih menarik lagi changgih Pakatan Harapan (PH) kali ini demi untuk pikat penggundi Sabah, Sarawak kalau dibandingkan dengan manifesto yang pernah PH bukukan semasa PRU12 dan juga PRU13?

Kalau difikirkan manifesto PH pada PRU12 dan PRU13 sungguh menarik penuh dengan janji-janji yang memberangsangkan.

Namun begitu akhir nya ia tidak juga berkesan untuk menarik minat penggundi Sabah, Sarawak pada keseluruhan nya; sehingga keputusan PRU tersebut tidak memihak kepada PH ketika itu.

Tun Dr Mahathir selaku Pengurusi majlis presiden PH akui bahawa amat perlu sekali PH faham masalah dan perasaan masyarakat Sabah dan Sarawak. Justeru PH akan memberi perhatian kepada 2 negeri Timur Malaysia itu.

Tun M percaya masalah Sabah dan Sarawak amat serius. Beliau ingin dengar cadangan semua pihak untuk bentuk satu manifesto khusus untuk Sabah dan Sarawak, demekian katanya pada sidang akhbar yang diadakan susulan satu mesyuarat majlis presiden yang mengambil masa 3 jam kelmarin.

Pada hakikatnya dalam kontek ini Tun M tidak perlu lagi  mendengar cadangan dari semua pehak kerana sebagai PM selama lebih 20 tahun, beliau tahu masalah rakyat Sabah ada lah masalah yang sama sejak berkurun lama nya.

Dalampada itu, apa yang jelas dalam hati ‘orang kita’ ia lah selagi cadangan untuk rakyat Sabah, Sarawak di tentukan oleh pemimpin dari seberang (Malaya), pasti nya ia tidak akan merangkumi serta mendalami masalah sebenarnya  rakyat Sabah.

Sepatutnya isu masalah rakyat Sabah, Sarawak perlu ditentukan oleh gabungan pemimpin pembangkang tempatan Sabah sendiri yang terdiri dari pemimpin dari PH Sabah, PCS, USA, Parti Warisan dan juga parti-parti pembangkang tempatan yang lain, bukan ia nya diputuskan oleh pemimpin PH dari sana sapertimana yang diwar-warkan.

Antara lain, persoalan yang ‘orang kita’ nantikan ia lah ;

1) Ada kah manisfesto tersebut akan memberi Sabah, Sarawak autonomi sepenuhnya dengan mengurangkan kuasa pehak kerajaan perseketuan terhadap kedua-dua negeri tersebut.

2) Ada kah ia nya akan mengubal dasar yang membersihkan Sabah, sepenuhnya dari gejala Projek IC selain mengeluarkan IC baru khas untuk Sabah, Sarawak; bukan hanya sekadar mengkaji semula IC tetapi tiada sebarang tindakan yang dilakukan.

3) Ada kah punggutan cukai akan di naikkan kadar nya dari 5% ke 30 % untuk tujuan menampung pembangunan yang tidak seimbang dengan negeri-negri di semenanjung saperti Selangor, Johor, Penang dan Perak.

Kalau isu-isu yang saya tekan kan disini tidak diutamakan dalam manifesto tersebut maka tiada lah beza manifesto tersebut dengan manifesto sebelum ini.

Kesimpulannya, masalah rakyat Sabah, Sarawak hanya lah sekadar hiasan semusim dalam manifesto setiap Pilihan Raya Umum.

Sumber: Agensi

About Penerbit 794 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*