Mampu Kah PH Jadikan Malaysia Bebas Rasuah dalam 10 tahun Kira Nya Di Mandatkan Tadbir Kerajaan Selepas PRU14?

Dikatakan perbuatan rasuah telah wujud sekian lama dan seakan-akan telah menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras.

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya . Sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia.

Dalam isu ini nampak nya Pemuda Pakatan Harapan telah berjanji menjadikan Malaysia negara bebas rasuah dalam masa hanya 10 tahun, jika parti campuran diberi mandat mentadbir kerajaan.

Sama ada janji Pemuda itu dapat direalisasikan atau pun ia nya hanya sekadar retorik agak susah juga kita pastikan.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mereka merancang perkara ini dengan memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kebebasan dan kuasa untuk mendakwa, antaranya.

“Kita akan membentuk jawatankuasa berautonomi khas yang bebas daripada campur tangan.

“Jawatankuasa ini mestilah dibentuk di bawah peruntukan khas Perlembagaan Persekutuan, dan merekalah yang akan melantik dan membuang ketua pesuruhjaya SPRM.

“Mereka akan lapor terus ke Dewan Rakyat,” kata Syed .

Selain pembentukan jawatankuasa, Syed Saddiq menyenaraikan 7 strategi lain akan memberi kesan kepada pesara kerajaan dan ahli politik.

SPRM akan diberi kuasa selanjutnya pesara yang didapati hidup lebih daripada kemampuan mereka semasa masih dalam tempoh servis, atau selepas persaraan.

Syed Saddiq bagaimanapun, mengambil kira sesetengah pihak mungkin mempersoalkan apakah kerajaan PH akan melaksanakan strategi ini kerana pengerusinya sendiri Dr Mahathir pernah disoal tentang kekayaan beliau dan anak-anaknya.

“Sesetengah pihak akan mengatakan PPBM khususnya akan menghadapi tentangan paling hebat dalam melaksanakan perkara ini kerana adanya bekas ahli Umno yang agak kaya menyertai parti ini (PPBM).

“Tetapi Dr Mahathir dan Mukhriz (Mahathir), mereka sendiri biasa melawat SPRM untuk menunjukkan mereka mempunyai sumber pendapatan yang sah.

“Dan jika kita berkuasa, tetapi 80% strategi ini tidak diluluskan, saya akan menjadi orang pertama letak jawatan.”

Satu lagi agenda dalam perancangan memerangi rasuah PH adalah memperluas takrif rasuah termasuklah hadiah bukan dalam bentuk duit. Menurut Syed Saddiq, perkara ini akan menyaksikan pengakhiran amalan kerajaan memberi buah tangan pilihan raya.

Dia juga berjanji menjadikan media bebas daripada kawalan politik agar peranan estet ke-4 dalam memastikan pentadbiran baik tidak akan terancam.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*