GST Dikekal Atau Dimansuhkan Selepas PRU14?

Minggu ini dua berita sensasi yang bertentangan namun menarik untuk kita kongsikan di hujung minggu ini.

Berita tersebut ada lah;

1) Pengerusi baru PAKATAN HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa ia, antara lain, akan menghapuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

2) YB Datuk Seri Abdul Rahman Hj Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap AMT UMNO berpendapat usaha PH untuk memansukan GST itu hanya lah retorik tanpa penjelasan mengenai langkah mereka bagi mengimbangi defisit belanjawan dan membiayai projek-projek kerajaan sedia ada.

Berita yang dimaksudkan ia lah Pakatan Harapan mengumumkan rancangan 100 hari pertama selepas mengambil alih Putrajaya sekiranya memenangi PRU14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Selain itu, Parti-parti dalam PAKATAN HARAPAN – DAP, PKR, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia komited dengan rancangan untuk menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja.

Manakala, Abdul Rahman juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN)mengulas mengenai kepimpinan pakatan itu yang seolah-olah diterajui tiga nakhoda.

Justeru, mereka juga perlu membuktikan bahawa mereka mampu membuat konsensus atau pendirian rasmi mengenai isu-isu nasional sebagai sebuah parti.

Katanya sehingga kini, Pakatan Harapan masih tidak mampu untuk memberi keputusan yang tepat kepada rakyat tidak kira siapapun ketua mereka.

“ Dulu zaman Dr Mahathir menjadi Presiden (UMNO) pun parti bergolak sebab nombor dua hendak lawan dia. Apatah lagi tiga nakhoda dalam satu parti politik, tidak masuk akal bagi saya.

“Yang berlaku nanti kepentingan peribadi akan mengatasi kepentingan parti dan itu akan memporak-perandakan kerajaan yang mereka akan bina dan memberi impak cukup buruk kepada rakyat dan negara,” jelasnya.

Dalampada itu, Abdul Rahman juga ingin mengetahui sama ada pemimpin-pemimpin pakatan itu mempunyai pendirian sama dengan Dr Mahathir yang tidak bersetuju Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Apa-apa pun yang dikatakan, hanya kita rakyat yang layak menggundi akan menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan pemerentah selepas PRU14.

Sumber: Bernama, Agensi

About Penerbit 739 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*