Rakyat Sabah Berhak Tahu Semuanya Tentang MA63?

Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg pada 2 Julai lalu mengumumkan Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung MA1963 bagi menentukan hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Sehubungan dengan itu Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal berkata, rakyat Sabah berhak tahu hak penuh negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan jika hak itu terlepas pandang atau diabaikan sepenuhnya.

Shafie berkata, Warisan menyokong rancangan Sarawak menghantar sebuah pasukan perundangan ke London untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MA63.

Beliau berkata, Warisan juga mahu melihat sama ada terdapat pelanggaran perjanjian itu. Ada banyak tuntutan daripada kedua-dua negeri dan rakyatnya mengenai hak mereka di bawah MA63.

Sama ada tindakan Warisan dalam kes MA63 ini melangkah kearah yang betul atau pun disebaliknya hanya rakyat Sabah yang akan menentukan kesahihan nya pada PRU14 akan datang nanti.

Bagaimanapun Shafie selanjutnya mengatakan bahawa Warisan perlu melihat MA63 dari segi undang-undang dan jika ada keperluan untuk kita mengkaji lebih mendalam.

Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna menegaskan rakyat Sabah perlu mengetahui sejauh mana hak negeri itu mungkin dilanggar atau diabaikan sepenuhnya.

Menurut Shafie terdapat banyak perkara dalam perjanjian itu saperti hak pendapatan, berapa jauh (dari luar pesisir dianggap) hak Sabah, peratusan pendapatan cukai yang patut diberikan kepada Sabah, bahasa dan pelantikan pegawai.

Shafie berkata, rakyat Sabah dan generasi akan datang akan mendapat manfaat selepas mengetahui hak penuh Sabah dan kemungkinan wujud pelanggaran terhadap hak itu.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*