DOJ Memfailkan Kali Ketiga Saman Sivil Menuntut Aset Yang Di Curi Dari 1MDB?

JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) telah memfailkan kali ketiga saman “Civil Forfeiture” (Saman DOJ) di bawah program ‘Kleptocracy Asset Recovery Initiative’ untuk menyita dan merampas serta bagi melucuthak beberapa aset tambahan kepada saman DoJ yang difailkan pada 20 Julai tahun lalu.

JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memulakan tindakan untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjadikan jumlah yang disalahgunakan kepada AS$4.5 bilion.

Dalamapada itu dilaporkan, 1MDB menafikan sebarang salah laku. Selanjutnya laporan itu menambah 1MDB berkata ia tidak menemui sebarang bukti wangnya digelapkan.

DoJ dalam saman sivil yang difailkan di AS berhubung barang kemas, yang diberikan kepada oleh ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, kepada Model Miranda Kerr AS$ 8.1 juta (RM35 juta).

Didakwa barang kemas yang dibeli dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ada lah antara aset bernilai AS$ 1.7 bilion yang dikehendaki DoJ.

Bagaimanapun Miranda Kerr menyerahkan barang kemas bernilai AS$ 8.1 juta (RM35 juta) kepada DoJ baru-baru ini.

Antara barang kemas itu ialah loket berlian 11.72 karat berbentuk hati, yang dibeli dari penjual barang kemas terkenal Lorraine Schwartz dan loket berlian 8.88 karat

Laporan Australia mengatakan Miranda, seorang warga Australia, bertemu janji dengan Jho Low selama 1 tahun pada 2014. Dalam tempoh tersebut, Jho Low menghadiahkan Kerr 4 barang kemas.

DoJ memperincikan barang kemas yang diberikan kepada Kerr, dan bagaimana ia berkaitan dengan dana 1MDB.

Sementara itu, Leonardo DiCaprio menyerahkan karya seni yang dihadiahkan Jho Low, yang menurut DoJ dibeli dengan wang yang digelapkan dari 1MDB.

DoJ juga berkata isteri “Malaysian Official 1” (MO1) menerima 27 barang kemas, termasuk loket berlian merah jambu 22 karat dan kalung, yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB yang digelapkan.

Bagaimanapun Putrajaya menangkis dakwaan tersebut sebagai bermotif politik semata-mata untuk mencemarkan nama pemimpin no. 1 negara.

Dalam kes ini, dikatakan beberapa NGO dan parti politik pembangkang menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat dakwaan itu.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*