Majoriti Belia Malaysia Tidak Mengambil Berat Tentang Perkembangan Politik Semasa Negara?

Ketua Pegawai Operasi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Tricia Yeoh berpendapat, majoriti belia Malaysia tidak lagi cukup bertenaga untuk mengambil berat tentang perkembangan politik semasa negara.

Ini satu perkembangan yang agak mengejutkan ketika demam pilihan raya umum semakin dirasai, kata beliau.

Tricia berkata, meskipun terdapat banyak isu yang muncul dari semasa ke semasa, tetapi ia tidak dapat diterima dengan menyeluruh oleh belia.

Beliau berkata golongan belia secara amnya tidak lagi membezakan pihak-pihak yang kelainan fahaman politik.

Bagi mereka, ahli-ahli politik adalah sama, kesemua mereka (terlibat dalam) rasuah.

Menurut Tricia, sikap acuh tak acuh tidak dibantu oleh hakikat bahawa isu-isu agama dan perkauman sering mendapat keutamaan dalam politik dan mempunyai kecenderungan untuk menguasai naratif politik negara.

Isu-isu perkaumam dan agama akan terus muncul disamping perkara-perkara kecil diperbesar-besarkan.

Ahli-ahli politik bertindak ikut sentimen , maka itu lah sebab PAS bergerak dalam soal hudud adalah kerana mereka fikir itu yang rakyat mahu, kata Tricia.

Selanjutnya menurut beliau, ahli-ahli politik tidak mendengar suara rakyat dengan jelas.

Jika suara jelas, mereka akan ikut sentimen (yang ada).

Bagaimanapun, jika mereka tidak merasakan yang kedudukan mereka terancam, mereka tidak akan bergerak, kata beliau.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*