Kestabilan Politik, Sosial Perlukan Keharmonian Antara Agama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Malaysia negara yang unik berikutan kaitannya dengan tamadun besar Asia yang wujud di Kepulauan Melayu, China dan India.

Justeru kestabilan politik dan sosial berterusan bukan sahaja penting untuk pembangunan tetapi ia nya juga penting untuk keharmonian antara agama dalam kalangan rakyat.

Beliau menarik perhatian bahawa keharmonian antara agama adalah berasaskan kepada persefahaman bersama serta saling menghormati.

Najib berkata bapa pengasas negara serta semua yang lain bukan sekadar meletakkan dasar Perlembagaan malah menyemai nilai dan asas politik untuk generasi selepas mereka, bagi membentuk keharmonian antara agama.

Ini hendaklah diguna pakai bagi membentuk perpaduan yang lebih utuh dalam kalangan rakyat, kata beliau.

Malaysia turut mendapat manfaat daripada semua ajaran, pembelajaran, nilai, budaya, agama dan bahasa dari tamadun besar itu, kata beliau.

Najib berkata beliau baru mengadakan lawatan yang amat berjaya ke India, dan tidak sampai 24 jam lagi, beliau akan melawat China pula.

“Semua lawatan ini tidak akan berjaya tanpa kita menjadi model sebuah negara yang bersatu padu dalam kepelbagaian,” kata perdana menteri.

Menurutnya Malaysia dihormati banyak negara lain sejak sekian lama kerana ia merupakan negara contoh bagi banyak aspek.

“Kita tidak berdepan ketegangan, konflik, keganasan seperti yang dialami negara-negara lain,” kata Najib sambil memberitahu bahawa Malaysia dilihat oleh banyak pihak sebagai neagra yang aman dan harmoni.

“Jadi, marilah kita memastikan semua ini berterusan pada masa depan…adalah penting bagi kita untuk mengingatkan diri kita tentang nilai-nilai kukuh yang dibawa oleh agama masing-masing,” kata Najib.

Dengan mengambil contoh agama Buddha, beliau berkata ia terkenal dengan belas kasihan, komitmen kepada keamanan dan keharmonian, membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik serta menolak ekstremisme dan keganasan.

Sehubungan itu, Najib meminta rakyat supaya tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh unsur-unsur ekstremis dalam masyarakat.

Perdana menteri juga menggesa rakyat supaya menyokong satu sama lain untuk memastikan Malaysia menjadi lebih kukuh dan baik.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 794 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*