Sabah, Sarawak Dikecuali Dasar Kabotaj Mulai 1 Jun?

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengecualian dasar kabotaj bagi aktiviti perkapalan dalam perkhidmatan kargo dari pelabuhan di Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 1 Jun ini.

Bagaimanapun pengecualian itu tidak terpakai kepada aktiviti perkapalan yang beroperasi antara Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Atas saranan kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN) Sabah, kerajaan mengambil keputusan melaksanakan pengecualian dasar kabotaj bagi aktiviti perkapalan kargo mulai 1 Jun ini,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pelancaran program Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran di Sandakan, Sabah hari ini.

Dipetik BH Online, Najib yang juga Menteri Kewangan I berkata, keputusan itu diambil berdasarkan saranan kerajaan negeri berhubung isu kabotaj yang menjadi antara faktor kenaikan harga di Sabah.

Pada April 2016, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ketika memegang jawatan menteri perumahan dan menteri pelancongan Sarawak berkata, kerajaan negeri sedang berbincang dengan kerajaan pusat untuk mengkaji dasar kabotaj bagi menarik lebih banyak pelaburan serta mewujudkan ramai lagi usahawan di negeri itu.

Kata beliau, pihaknya berharap melalui kajian itu, mana-mana produk dan bahan berasaskan makanan boleh terus dibawa ke negeri itu dan tidak perlu lagi melalui Pelabuhan Klang sehingga menyebabkan kos berganda.

Di bawah dasar kabotaj, pengangkutan barang-barang dan penumpang dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain di negara ini, hendaklah diangkut dengan kapal berdaftar dengan Malaysia dan mempunyai lesen perkapalan dalam negeri yang sah.

 

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*