GST 0% Bila Pakatan Tawan Putrajaya – Kenyataan DAP, PKR Berchanggah?

Rakyat tidak akan dibebani GST jika Pakatan Harapan menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini.

Manakala Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebelum ini, berkata cukai barangan dan perkhidmatan itu akan kekal di bawah kerajaan PH.

Dalampada itu, Guan Eng berkata PH sepakat untuk memansuhkan GST sekiranya mereka membentuk kerajaan baharu.

“Saya sudah mengatakan perkara ini berulang kali. Kami akan ambil jalan berkadar sifar. Malah Nurul pernah menjelaskan kami akan lakukannya apabila kami ambil alih, kata Guan Eng pada sidang media di Komtar baru-baru ini.

GST berkadar sifar bererti orang ramai tidak perlu membayar sebarang cukai ke atas barangan atau perkhidmatan. Ia juga bererti tidak cukai dikenakan ke atas harga akhir yang terhasil daripada sebarang cukai yang dibayar perniagaan dan pengeluar.

Ini kerana perniagaan dan pengeluar boleh menuntut balik sebarang GST yang dibayar untuk aset, pembelian atau perbelanjaan perniagaan mereka, daripada kerajaan sebagai input kredit cukai.

Guan Eng menjelaskan kadar GST lebih wajar diturunkan ke paras 0% daripada 6% memandangkan sistem GST sudah dilaksanakan dan perniagaan sudah mengeluarkan belanja untuk melaksanakan sistem percukaian itu.

“Menjadikan GST berkadar sifar sama kesannya seperti memansuhkan GST,” katanya.

Datuk Abdul Rahman Dahlan baru-baru berkata pembangkang nampaknya keliru mengenai pelaksanaan GST, melihat kepada kenyataan bercanggah mengenai perkara itu.

“Terdapat begitu banyak isyarat daripada pembangkang sehinggakan rakyat Malaysia menjadi keliru dengan apa yang mereka perkatakan.

“Sekejap mereka mahu memansuhkannya, selepas itu, mereka mahu kadar sifar pula. Jelas bahawa pembangkang tidak mempunyai dasar ekonomi yang konkrit jika mereka menang pilihan raya,” kata Rahman menurut laporan Bernama.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*