Kerajaan Hampir Berjaya ‘sifarkan’ Miskin Tegar?

Selepas usaha selama berpuluh tahun, kerajaan kini hampir berjaya menghapuskan kemiskinan tegar ke tahap sifar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Atas segala usaha kerajaan Barisan Nasional sejak berpuluh tahun, dan suka saya ulangi bahawa faktanya kemiskinan tegar di Malaysia kini telah hampir ‘disifarkan’ kesemuanya, katanya.

Beliau berkata, ia kejayaan pelbagai dasar kerajaan dan prinsip memperjuangkan agenda Bumiputera tanpa mengabaikan hak kaum lain.

Kita menyaksikan sejak 1970, kadar kemiskinan yang dahulunya 49.3% telah berkurang kepada 3.8% pada 2009, dan terus menyusut kepada 0.6% pada 2014.

Menurut Bank Dunia, kadar miskin tegar Malaysia berkurangan kepada 0.28% pada 2016, berbanding antara tertinggi di dunia 4 dekad sebelumnya.

Dalam pada itu, kerajaan komited menjadikan Malaysia berada pada kedudukan 20 negara termaju di dunia.

“Saya bersama-sama (timbalan perdana menteri) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beserta barisan jemaah menteri, demi Melayu, Bumiputera dan rakyat Malaysia seluruhnya.

“Kita akan bersatu hati untuk terus berjuang memakmurkan negara, sehingga terjulang pada kedudukan negara 20 termaju di dunia,” katanya.

Sasaran tersebut antara teras utama pelan induk Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang dilancarkan pada pembentangan Bajet 2017 Oktober lalu.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 727 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*