Pucuk Pimpinan USBO Baru Buat Kelainan Mejelang PRU14?

‘lain padang lain belalang,’ kata-kata itu, ada lah sinonim dengan apa yang berlaku dengan USBO sejak tampuk pimpinan organisasi itu di ambil alih oleh Tans Sri Pandikar Amin Hj Mulai(TSPPA) dari mantan Presiden Datuk Dr Salleh Said keruak, baru-baru ini.

Yang sangat jelas TSPA banyak membuat perubahan bermula dari merubah tampuk pimpinan USBO Ibu pejabat dengan melantik beberapa orang muka baru menganti muka-muka yang lama; disamping aktiviti turun padang.

Antara muka baru yang diperkenalkan ia lah Datuk Haji Aliasgar Haji Basri dilantik sebagai Timbalan Presiden II USBO dan Dr Kadir Haji Jaafar menggantikan Datuk Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang dikatakan sibuk dengan tugasan baharu selaku Timbalan Menteri di peringkat persekutuan.

Selain itu Puan Norsima dilantik sebagai Ketua Wanita baharu dan juga Haji Mohd Salim Haji Ibrahim sebagai Ketua Penerangan atas komitmen beliau yang berterusan mereka dalam USBO.

Sementara itu dikatakan AMT baru sessi 2017/2020 ada lah mereka yang telah berkhidmat sebagai AMT sebelum dan mungkin juga muka-muka baru yang masih belum di bagi watikah lantikan.

Selaku NGO gabungan di bawah sayap Komponen Barisan Nasional (BN)ada lah objektif USBO ada

lah untuk memperkasakan Barisan Nasional dalam berhadapan dengan PRU14 akan datang ini.

Menurut sumber, USBO akan membantu BN dikawasan yang dikenal pasti kurang efektif disebabkan kehadiran parti baru; Parti Warisan yang di ketuai oleh Datuk Seri Shafie Afdal.

Sebagai langkah pertama yang belum pernah dilakukan selama ini ia lah TSPA dan AMT USBO serta ahli ahli biasa yang lain akan mengadakan jelajah secara berkonvoi dari Kota Kinabalu ke Tungku Lahad Datu bermula Jumaat ini, (21.4.2017) sebagai destinasi pertama dalam misi USBO turun padang.

Menurut TSPAA, rakyat perlu diberikan maklumat sebaik mungkin betapa pentingnya mereka terus berdiri teguh dan menyokong kerajaan. USBO merupakan NGO gabungan di bawah sayap Komponen Barisan Nasional (BN).

Selain itu TSPA turut menekankan betapa pentingnya semangat kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi.

Justeru beliau menasihati barisan kepemimpinan baharu agar sentiada meletakkan agenda memartabatkan kepentingan rumpun USBO sebagai teras utama kepada semua pertimbangan di samping terus menjalin hubungan baik dan harmoni dengan mana-mana pertubuhan lain yang mempunyai persamaan prinsip serta wadah perjuangan.

About Penerbit 794 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*