Tambah Lebih Ramai Calon Wanita Pada PRU14 Di Kawasan Boleh Dimenangi, Bukan Sekadar Penuhi Syarat??

Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun (gambar) berharap pucuk pimpinan parti memilih lebih ramai wanita sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di kawasan boleh dimenangi dan bukan sekadar syarat semata-mata.

Menurutnya, ramai dalam kalangan wanita berpotensi diketengahkan sebagai calon dengan pakej lengkap mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang hebat.

“Kita harap wanita yang dipilih sebagai calon di letak di kawasan yang boleh menang dan bukan sengaja diletakkan asalkan ada wanita sahaja tapi kita tahu tidak boleh menang,’’ katanya.

Katanya, pemilihan wanita sebagai calon dan apabila berjaya memenangi kerusi ditandingi berupaya menjadi pemimpin yang efektif sebagaimana disuarakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Parlimen baru-baru ini.

“Saya sebenarnya amat berbangga apabila Speaker memberi penghargaan terhadap kebolehan wanita di Parlimen walaupun bilangan kami kecil lebih kurang 10 peratus sahaja,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau berharap perkara itu membuka mata pemimpin parti-parti politik yang akan bertanding PRU-14 tidak kira di Parlimen mahupun Dewan Undagan Negeri (DUN) memberi pengiktirafan kepada lebih ramai wanita sebagai calon.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga berkata jika tidak mampu mencapai sasaran 30 peratus sekurang- kurangnya ditambah menjadi 15 hingga ke 20 peratus.

Sumber: NST, Agensi

About Penerbit 794 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*