Presiden Amerika Syarikat Tuduh Malaysia Negara Penipu Perdagangan?

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dikatakan menyenaraikan Malaysia sebagai “penipu perdagangan”, dan antara negara menyebabkan defisit perdagangan AS hampir AS$50 bilion (RM221 bilion).

Minggu lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif yang akan menghentikan “pengimport luar yang menipu”.

AFP memetik Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, yang berkata penyiasat akan memperincikan setiap negara dalam senarai, sebelum melapor balik kepada Trump dalam masa 90 hari.

Selain Malaysia, negara lain yang menjadi sasaran penyiasatan Trump ialah China, Canada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Bagaimanapun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bahawa Malaysia tidak manipulasi mata wang negara ini dan tidak beri bantuan yang menyalahi peraturan antarabangsa termasuk yang ditetapkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Dasar dan amalan perdagangan Malaysia “bebas tetapi adil”, kata Mustafa.

Mustapa selajutnya berkata selepas tuduhan itu, kementeriannya melihat semua aspek perdagangan Malaysia, termasuk angka menunjukkan negara itu ada lebihan AS$6 bilion dengan AS.

Menurut Mustafa, ia jauh di bawah angka AS$50 bilion yang diberi oleh Trump.
“Memandangkan kenyataan Trump menjadi kenyataan umum, Miti sedang menyediakan beberapa fakta untuk membetulkan tuduhan dibuat presiden AS itu.

Bagaimanapun, beliau menekankan kepentingan hubungan Malaysia-AS, berkata AS ialah rakan niaga yang penting.

“AS ialah rakan dagang ketiga terbesar selepas China dan Singapura. Jadi kami akan terus menggalakkan hubungan baik dengan AS.

“Walaupun dengan tuduhan seperti itu, kami yakin hubungan dengan AS akan terus berkembang,” katanya.

Sumber:Bernama,  FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*